Thursday, June 23, 2016

Isu latest Alam Maya : Tak Payah Ambil Kisah

Assalamualaikum.

Bulan ramadhan 1437H ada banyak cerita suka dan duka.

Ada banyak isu yang dikupas, dibahan dan dihujahkan.

Tetapi bagi zah, zah memilih untuk tidak baca sampai akar umbi.

Sebab. Negative side akan buat emosi mak menyusu ni macam roller coster.

InsyaAllah afiq akan cukup 12 bulan, iaitu 365 hari menyusu susu bonda.

Satu lagi kejayaan, keseronokan dan memori indah sebagai ibu yang zah suka kongsikan dengan para ibu lain.

Teringat lagi masa mencari positif aura nak bersalin anak kedua. Ada BANYAK cerita yang kata kelahiran anal kedua lebih sakit, lebih seksa dan sebagainya.

Tetapi. Alhamdulillah aqilah anak zah lahir fast delivery juga. Lahir senang. Menyusu senang. Sebab? Positif aura tu sangat membantu.

Amani dan afiq pun sama. Lagila cepat dua dua bila zah bersalin dengan ilmu.

Persiapan raya macamana? Zah dan anak-anak memang tak sabar nak raya walaupun sebenarnya ada sedikit cerita duka. Hihi takpe. Yang duka kita letak tepi. Kita amio yang suka je.

Raya tahun ni meriah sikit sebab last year zah berpa

ntang. Sambut baby masa akhir ramadhan.

Coretan ringkas.
Noorharizah Azfar
19 Ramadhan 1437H.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 21, 2016

Penyusuan Susu Ibu di Bulan Puasa



Alhamdulillah dah menjejaki 17 ramadhan 1437H. Allah izin dan bagi zah berpuasa lagi kali ini dengan tenang, bahagia dan gembira.
.
Sebenanya, kalau ikut bulan puasa ni zah takde letak target banyak sangat. Just pastikan pump ikut jadual. Sometime zah add on waktu pump 10-15 minit sebab rasa ada extra bila pagi2 tu makan lebih minum lebih masa sahur.
.
InsyaAllah afiq akan cukup 12 bulan, iaitu 365 hari menyusu dengan susu bonda. Alhamdulillah zah juga dah mula perkenalkan solid food. Tapi biasalah bila ada mama. Kenyang macamanapun. Susu tetap the best food ever utk afiq.
.
Journey menyusu anak no 4 ni lebih tenang, sempoi, tak terkejar-kejar. Zah takde masalah kesihatan walaupun kekadang afiq menyusu non stop masa malam. Doa zah biarlah journey kami berdua 12 bulan lagi dipermudahkan.
.
Sebenarnya bangga dengan diri sendiri juga. Kalau sesiapa yang kenal zah since 2009 masa anak sulung lahir. Zah bukanlah jenis susu meriah. Selepas dapat direct bf anak kedua, ketiga dan ke empat. Susu memang oversupply.
.
Nikmat mana yang Allah bagi dan kita mahu dustakan? Penyusuan bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi satu memori indah yang patut kita ingat dan simpan dalam kotak hati seorang ibu.
.
Love.
Kak Zah
Kaunselor Laktasi based fact yang simple.
www.izzahazfar.blogspot.com.my

posted from Bloggeroid